BANGKOK, 31 MEI – Parlimen Thailand hari ini meluluskan pakej rangsangan bernilai hampir AS$60 bilion, suntikan kewangan terbesar kerajaan itu untuk memulijkan ekonomi yang telah terkesan oleh koronavirus.
Pakej bernilai 1.9 trilion baht (AS$59.7 bilion) itu amat diperlukan untuk merangsang ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara, dijangka menguncup sekitar 6 hingga 7 peratus pada 2020.
Kira-kira AS$17.3 bilion daripada pakej itu akan diberikan sebagai bantuan kepada para petani dan pekerja informal dan pembiayaan untuk menstabilkan pasaran, merangsang kuasa pembeli dan AS$1.4 bilion untuk ‘persediaan penjagaan kesihatan’. – AFP