Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand mahu perjanjian tarif lebih baik

    BANGKOK, 8 JULAI – Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai hari ini menyatakan dia mahukan ‘perjanjian yang lebih baik’ berbanding tarif sebanyak 36 peratus yang diancam akan dikenakan oleh Donald Trump dalam surat kepada negara itu.

    Bangkok sebelum ini dikenakan kadar sama apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mengumumkan gelombang pertama tarifnya pada awal April, namun Thailand hanya membayar kadar sementara sebanyak 10 peratus sementara rundingan dijalankan menjelang tarikh akhir 9 Julai.

    Trump telah menghantar surat kepada lebih 12 negara kelmarin, memperbaharui ancamannya untuk mengenakan tarif tinggi tetapi melanjutkan tempoh rundingan sehingga 1 Ogos.

    “Perkara paling penting adalah kami mengekalkan hubungan baik dengan AS,” kata Phumtham kepada pemberita di Bangkok. “Setelah kami menilai semula keadaan, saya berharap kami dapat memperoleh perjanjian yang lebih baik.”

    Walaupun kadar tarif yang diumumkan untuk Thailand kekal tidak berubah, Trump telah mengurangkan kadar ancaman tertinggi terhadap beberapa rakan dagang AS yang lain. – AFP

    Phumtham Wechayachai bercakap kepada media selepas mesyuarat Kabinet di Rumah Kerajaan di Bangkok pada 3 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda