BANGKOK, 23 Feb – Selepas hampir tiga tahun melalui proses rundingan yang sukar, kerajaan Thailand dan kumpulan militan di bahagian selatan negara ini bakal mencipta kejayaan pertama mereka.
Kedua-dua pihak dilihat semakin menghampiri pemeteraian perjanjian bersejarah mengenai penubuhan zon keselamatan di selatan Thailand, yang akan diputuskan pada rundingan berikutnya di Malaysia akhir bulan ini. – Bernama