Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand mulakan larangan penggunaan beg plastik

    BANGKOK, 31 DIS – Dalam usaha mengurangkan sisa plastik di Thailand, mulai 1Januari, pusat beli-belah, pasar raya dan kedai serba neka utama di negara itu akan berhenti memberikan beg plastik sekali guna seperti yang diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Varawut Silpa-archa pada September lepas.

    Sejumlah 43 syarikat termasuk CP ALL Pcl, yang mengendali lebih 10,000 kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand dan peruncit terbesar di negara itu, Central Group, memainkan peranan mereka untuk menghentikan penggunaan beg plastik. 7-Eleven hanya menyediakan beg plastik kepada pelanggan atas permintaan manakala 137 kedai lain berhenti berbuat demikian bulan lepas sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan sebelum larangan itu berkuat kuasa pada 1 Januari.Langkah ini berjaya mengurangkan kira-kira 991.85 juta beg plastik tahun ini dan menjimatkan kira-kira 198.3 juta baht (AS$6.67 juta) setakat 29 Dis. Selain itu, kerajaan Thailand telah mengharamkan tiga jenis plastik iaitu mikrobead, penutup botol dan okso boleh urai menjelang akhir tahun ini. Di bawah Peta Hala Tuju Pengurusan Sisa Plastik 2018-2030, Thailand mengharamkan beg plastik ringan berketebalan kurang 36 mikron, pembungkusan makanan Stirofoam, cawan plastik sekali guna dan straw penyedut minuman menjelang 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda