Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand, Myanmar adakan perbincangan di Mesyuarat MLC

    BANGKOK, 8 DIS – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara dan rakan sejawatannya dari Myanmar Than Swe mengadakan perbincangan mengenai situasi di Myanmar di luar Mesyuarat Menteri Luar Mekong-Lancang (MLC) kali kelapan yang berlangsung di Beijing.

    Jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke berkata Thailand berharap pihak-pihak di Myanmar dapat menyelesaikan konflik menerusi dialog yang aman dan sebagai jiran, Bangkok bersedia untuk memberikan bantuan yang diperlukan. 

    “Pihak Thailand juga menawarkan inisiatif untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk Myanmar yang tinggal di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar dan dipersetujui oleh pihak Myanmar.

    “Kedua-dua pihak bersedia menubuhkan pasukan kerja bagi membincangkan butiran pelaksanaan. “Pihak Myanmar akan segera menghantar pasukan petugas ke Thailand untuk membincangkan perkara itu. Jika fasa permulaan pelaksanaan berjaya, agensi bantuan lain mungkin akan dipelawa menyertainya pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kanchana berkata Thailand yakin bahawa meningkatkan bantuan kemanusiaan sepanjang sempadan itu akan membantu mengatasi banyak kebimbangan dan memenuhi aspirasi masyarakat antarabangsa yang selari dengan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda