Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Thailand nilai situasi COVID-19 selepas cuti tahun baharu

    BANGKOK, 6 JAN – Thailand akan menilai situasi COVID-19 selepas cuti Tahun Baharu sebelum membuat keputusan mengenai langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membendung gelombang baharu jangkitan.

    Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayut Chan o-cha sedang meneliti situasi COVID-19 selepas cuti Tahun Baharu berikutan sektor swasta dan awam menyambung semula operasinya.

    “Kerajaan akan menilai keadaan termasuk jumlah kes dan kematian baharu dan jumlah pesakit yang mengalami gejala teruk sebelum membuat pelarasan terhadap langkah sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

    Prayuth dijangka mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) pada  Jumaat untuk membincangkan isu penting termasuk penggantungan program bebas kuarantin “Test & Go”, tempoh kuarantin untuk pelancong yang memasuki Thailand, dan pembukaan semula pub dan bar untuk membendung penularan COVID-19 di negara itu.

    Sementara itu, Gabenor Bangkok Asawin Kwanmuang berkata Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah bersedia dengan petugas perubatan, peralatan, ubat-ubatan dan katil pesakit sekiranya terdapat lonjakan baharu kes Omicron.

    Beliau berkata BMA menyediakan 40 tapak kuarantin komuniti dengan kira-kira 5,000 katil untuk merawat pesakit COVID-19. Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Perubatan turut menyediakan kira-kira 25,000 katil untuk pesakit di hospital dan hospital lapangan.

    Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand merekodkan 3,899 kes baharu COVID-19 dan 19 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 2,239,475 kes  dan 21,769 kematian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...