Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Thailand: Panda gergasi Lin Hui mati akibat darah beku disebabkan faktor usia

    BANGKOK, 24 MEI – Panda gergasi Lin Hui yang mati pada bulan lepas disahkan mengalami darah beku akibat faktor usia yang sudah tua.

    Lin Hui berusia 21 tahun yang dipinjamkan China kepada Thailand tinggal di dalam kandang berhawa dingin di Zoo Chiang Mai sejak 2003 mati pada 1:10 petang (waktu tempatan), 19 April.

    Pengarah Zoo berkena-an, Wutthichai Muangman,  berkata pasukan pakar dari Thailand dan China telah menjalankan bedah siasat, mengumpul dan memeriksa lebih 50 sampel biopsi.

    “Hasil bedah siasat mendapati Lin Hui mengalami masalah dalam saluran darah atas faktor usia, mengakibatkan berlaku darah beku dalam organ yang menjadi punca kepada kematiannya.

    “Lin Hui juga mengalami pendarahan di hidung akibat tumor,” katanya dalam satu kenyataan.

    Media tempatan melaporkan, Thailand perlu membayar pampasan 15 juta baht atas kematian Lin Hui itu.

    Panda gergasi berkenaan dilahirkan pada September 2001 dan berpindah ke Thailand pada 2003 dan telah tinggal di zoo sejak itu. Dia sepatutnya pulang ke China pada Oktober tahun ini. – Bernama

    Gambar fail yang diambil 3 September 2005 menunjukkan dua ekor panda gergasi yang dipinjamkan kepada Thailand dari China, Chuang Chuang dan Lin Hui, makan buluh di Zoo Chiang Mai di Chiang Mai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...