Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand percepat vaksinasi guru, pelajar

    BANGKOK, THAILAND, 24 SEPT – Thailand akan mempercepat pemberian suntikan vaksin COVID-19 terhadap guru serta pelajar sekolah menengah dan vokasional selaras dengan usaha kerajaan untuk membuka semula institusi pendidikan pada November.

    Setiausaha Tetap Pendidikan Suphat Champatong berkata terdapat kira-kira 210,000 pendidik di seluruh negara yang belum divaksin.

    “Kementerian Pendidikan telah membuat penyelarasan dengan Jabatan Kawalan Penyakit untuk memberikan vaksin COVID-19 kepada guru dan pelajar,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda