Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand potong bekalan elektrik ke sempadan Myanmar

    BANGKOK, 5 FEB – Thailand hari ini melaksanakan pemotongan bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar, dalam usaha menghapuskan pusat penipuan dalam talian.

    Pusat penipuan telah berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar tanpa undang-undang, dikendalikan oleh kumpulan penjenayah dan warga asing yang diperdagangkan serta dipaksa bekerja untuk menipu rakan senegara mereka dalam industri yang dikatakan oleh penganalisis bernilai berbilion dolar.

    “Thailand telah menghentikan bekalan elektrik ke Myanmar di lima lokasi berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara,” kata Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul, kepada pemberita.

    Bekalan elektrik itu dipotong pada dua titik sambungan di Mae Sai di utara, dua di Mae Sot di barat dan satu di Three Pagoda Pass, juga di barat.

    Anutin berkata penjualan bekalan elektrik ke Myanmar di lima lokasi itu telah menguntungkan Thailand sekitar 50 juta baht (AS$1.5 juta) sebulan. “Bekalan elektrik tidak dihentikan bukan atas sebab syarikat melanggar kontrak, akan tetapi kerana elektrik disalahgunakan untuk tujuan penipuan, dadah dan pusat panggilan,” kata Anutin. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda