Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand rampas gading gajah dari Nigeria

    Jabatan Kastam Thailand merampas gading gajah seberat 148 kilogram daripada penerbangan Ethiopian Airlines yang berlepas daripada Nigeria di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 20 Disember lepas. – Bernama

    BANGKOK, 13 Jan – Pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini merampas gading gajah seberat 148kg dari Nigeria yang dianggarkan bernilai 15 juta Baht (RM1.8 juta).

    Menurut Ketua Pengarah jabatan itu Jen  Chaiyuth Kamkun, tiga batang gading gajah yang lengkap dan 31  batang lagi dirampas daripada penerbangan Ethiopian Airlines dari negara Afrika itu pada 20 Dis lepas.

    “Pengirim bungkusan itu mengisytiharkannya sebagai  barangan umum dari Nigeria. Nama dan alamat  pada bungkusan itu tidak wujud,” katanya kepada media di sini dan menambah siasatan ke atas rampasan itu masih berjalan. (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda