Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand rampas lebih 2 tan dadah AS$90 juta

    BANGKOK, 24 JUN – Pihak berkuasa Thailand merampas lebih dua tan metrik dadah jenis methamphetamine kristal daripada sebuah bot pelancong berhampiran jeti di timur Thailand sebelum dadah itu sempat diseludup keluar dari negara itu, kata pegawai kelmarin.

    Lapan orang lelaki telah ditahan di wilayah Rayong pada Sabtu kerana didakwa cuba menyeludup hampir 2.4 tan metrik dadah melalui sempadan selatan, kata pegawai. Mereka tidak menjelaskan destinasi sebenar atau asal-usul dadah berkenaan.

    Dadah itu dibungkus dalam beg plastik yang menyamar sebagai bungkusan tepung jagung, dengan setiap satu mengandungi kira-kira satu kilogram.

    Pihak berkuasa turut merampas sebuah van dan sebuah lori yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan dadah itu. – AP

    Pegawai Jabatan Siasatan Khas menyusun hampir 2.4 tan dadah jenis methamphetamine kristal semasa sidang media di Bangkok, Thailand pada 23 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda