Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand rancang kurangkan tempoh kuarantin

    BANGKOK, 23 SEPT – Thailand merancang mengurangkan kuarantin 14 hari di hotel kepada pelancong dan pengembara yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 untuk membantu merancakkan semula ekonomi dan industri pelancongan.

    Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, jawatankuasa kawalan penyakit mencadangkan untuk mengurangkan tempoh kuarantin itu kepada tujuh hari tetapi wajib menjalani ujian RT-PCR sejurus ketibaan.

    Katanya, pengunjung tanpa sijil vaksinasi yang tiba menggunakan perkhidmatan udara akan dikenakan kuarantin 10 hari sementara ketibaan menerusi pengangkutan darat perlu dikuarantin dua minggu.

    “Langkah-langkah itu tertakluk kepada pelawat daripada semua negara. Tempoh kuarantin yang lebih singkat tidak akan memburukkan lagi keadaan (COVID-19) kerana projek Phuket Sandbox membuktikan pengunjung tidak menyebabkan wabak sebaliknya jangkitan tempatan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda