BANGKOK, 6 MEI – Thailand merekodkan satu kes baharu COVID-19 dan satu kematian melibatkan seorang pengurus hotel di wilayah selatan Phang-nga, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,989 dengan 55 kematian sejak penularan wabak itu Januari lepas. Lelaki warga Australia berumur 69 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan komplikasi buah pinggang serta disahkan meninggal dunia semalam.