Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand rekod tambahan kes cacar monyet

    BANGKOK, 3 OGOS – Thailand sahkan kes ketiga cacar monyet, membabitkan seorang pelancong warga Jerman berusia 25 tahun, lapor ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Opas Karnkawinpong.

    Lelaki itu tiba di Phuket pada 18 Julai dan mengalami simptom termasuk demam, bengkak dan ruam pada 23 Julai dan kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta pada 1 Ogos.

    “Kami percaya dia dijangkiti virus itu sebelum memasuki Thailand. Pihak berkuasa kesihatan sedang meningkatkan pengesanan kontak rapat sebagai usaha membendung penularan wabak cacar monyet,” katanya pada sidang media kelmarin.

    Ketua Kesihatan Wilayah Phuket Dr. Kusak Kukiattikoon berkata seramai tujuh individu, termasuk isteri dan ahli keluarga, dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit.

    “Tidak ada daripada mereka menunjukkan sebarang simptom dan kesemua mereka kini diletakkan di bawah pengawasan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda