BANGKOK, 25 APRIL – Pencemaran udara di utara Thailand bertambah baik apabila ribut musim panas membantu membersihkan jerebu yang melanda wilayah itu sejak tiga bulan lepas, laporan-laporan kerajaan menunjukkan.
Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) melaporkan hari ini bahawa bacaan PM2.5 di wilayah utara negara itu antara 32 dan 61 mikrogram setiap meter padu, dengan hanya lima kawasan mencatatkan paras lebih tinggi daripada had selamat kebangsaan iaitu 50 mikrogram.
Pada hujung minggu lalu, angin monsun musim panas melanda wilayah utara negara itu dan dengan ketara mengurangkan pencemaran udara yang teruk, dengan bacaan di beberapa kawasan turun ke paras hijau, kata pegawai PCD, Sakda Tridech.
Bermula hari ini, indeks kualiti udara di utara akan bertambah baik apabila angin kencang dan hujan di seluruh negara akan membantu menghilangkan jerebu, kata Sakda. – Xinhua