Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Thailand saring penumpang dari Afrika kesan Ebola

BANGKOK, 25 OKT – Thailand meningkatkan saringan ke atas pelawat yang tiba dari negara Afrika terutama Uganda, di Lapangan Terbang Suvarnabhumi berikutan wabak terbaru Ebola, menurut pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Tares Krassanairawiwong hari ini.

“Saringan ke atas penumpang merupakan langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan penyakit itu di Thailand,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pelawat dari negara Afrika dalam tempoh 21 hari lepas dikehendaki menjalani saringan dan mendaftar diri semasa ketibaan di lapangan terbang.

Ebola merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti serta permukaan serta bahan yang tercemar. Gejala termasuk demam, muntah, cirit-birit, sakit otot dan pendarahan dalaman dan luaran.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tempoh inkubasi iaitu bermula jangkitan virus sehingga muncul gejala adalah mulai hari kedua hingga 21 hari. Seseorang yang dijangkiti Ebola tidak menyebarkan penyakit itu sehinggalah mereka bergejala.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan Uganda berkata secara keseluruhannya terdapat 90 kes yang disahkan dengan 28 kematian. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -