Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Thailand sasar enam emas di Paris

    BANGKOK, 3 JULAI – Thailand menetapkan sasaran untuk memenangi enam pingat emas dan tiga perak dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

    Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, berkata Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT) telah menetapkan sasaran itu pada Sukan Olimpik yang akan bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

    Srettha berkata beberapa atlet telah pun berlepas ke kem latihan manakala selebihnya akan berangkat ke Perancis hujung bulan ini.

    “Seramai 51 atlet telah layak untuk bertanding dalam 17 sukan semasa Olimpik Paris dan saya yakin para atlet Thailand mempunyai potensi untuk mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Perdana Menteri turut menggesa rakyat Thailand untuk memberi sokongan kepada para atlet dan menonton siaran langsung pertandingan di 21 saluran, lebih banyak daripada 12 saluran yang disiarkan semasa Olimpik Tokyo 2020.

    Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Thailand memenangi satu pingat emas dan satu gangsa. Atlet taekwondo, Panipak Wongpattanakit, meraih emas dalam kategori wanita 49 kilogram (kg) dan peninju, Sudaporn Seesondee, yang memenangi gangsa dalam kategori wanita 60kg.

    Sebelum ini dilaporkan upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan pada 26 Julai di Sungai Seine di Paris dan perarakan atlet dari pelbagai negara akan diadakan di atas bot yang akan belayar sepanjang sungai enam kilometer itu.

    Ini adalah kali pertama upacara pembukaan Olimpik diadakan di luar stadium. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...