Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand siap siaga hadapi hujan lebat

    BANGKOK, 2 SEPT – Thailand bersiap siaga menghadapi hujan lebat dalam beberapa hari akan datang, dengan 44 wilayah berisiko dilanda banjir kilat, limpahan air dan ombak kuat, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM).

    Ketua Pengarah DDPM, Chaiwat Chuntirapong berkata hujan lebat hingga sangat lebat dijangka melanda beberapa kawasan dari 3 hingga 7 September.

    “DDPM menyelaraskan dengan 44 wilayah di Utara, Timur Laut, Tengah, Selatan dan Bangkok, termasuk pusat pencegahan dan mitigasi bencana di kawasan berisiko, untuk memantau paras hujan dan situasi air.

    “Banyak kawasan bandar berisiko menghadapi banjir akibat hujan lebat berterusan. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti maklumat cuaca dan kemas kini kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Bagi tarikan pelancongan semula jadi seperti gua, hutan dan air terjun, Chaiwat menasihatkan pengendali untuk memantau keadaan cuaca dengan teliti dan membuat pengumuman jika kawasan tersebut berisiko mengalami sebarang bencana.

    Beliau juga memberikan amaran kepada penduduk pantai dan pelancong agar tidak berenang semasa tempoh ombak kuat.

    “Agensi berkaitan, seperti Jabatan Marin, Tentera Laut Diraja Thailand dan Polis Marin, perlu menghubungi pengendali bot, memberikan arahan kepada kapten bot dan pengendali bot penumpang untuk berhati-hati jika keadaan semakin buruk,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda