Friday, November 29, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi

    BANGKOK, 29 NOV – Keselamatan makanan, keselamatan tenaga, ekonomi hijau dan kesalinghubungan digital merupakan topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong kelmarin.

    Paetongtarn menyifatkan perbincangan yang merangkumi pelbagai isu kepentingan bersama sebagai membuahkan hasil.

    “Semasa perbincangan, kami menyatakan harapan untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. Thailand amat berminat untuk meningkatkan keselamatan makanan Singapura melalui peningkatan eksport beras premium Thailand dan telur organik,” katanya kepada pemberita kelmarin.

    Itu menandakan lawatan rasmi pertama Wong ke Thailand sejak memegang jawatan pada Mei.

    “Lawatan ini memberi peluang untuk mengkaji semula kerjasama sedia ada dan merangka laluan untuk inisiatif pada masa depan,” kata Paetongtarn, sambil menambah bahawa Thailand sedang bersedia untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dengan Singapura tahun depan.

    Menurut beliau, tahun depan akan menyaksikan peningkatan dalam pertukaran peringkat tinggi, bermula dengan lawatan Puteri Maha Chakri Sirindhorn ke Singapura pada Januari.

    Thailand juga menanti untuk mengalu-alukan Presiden Singapura dalam lawatan rasmi manakala Paetongtarn merancang untuk membuat lawatan balas ke Singapura. – Bernama 

    Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra (kanan) bercakap dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong (kiri) pada Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-27 semasa Sidang Kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 10 Oktober lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda