Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Thailand sokong pembinaan tembok keselamatan

    NARATHIWAT, 14 NOV – Polis Thailand menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan kerajaan Malaysia membina tembok keselamatan di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia, khususnya di Kelantan yang disifatkan sebagai langkah paling berkesan membanteras jenayah rentas negara.

    Ketua Polis Wilayah, Narathiwat Mej Jen Prayong Kotsakha berkata, pembinaan tembok itu mampu mengekang pelbagai kegiatan penyeludupan dan pergerakan haram yang sering berlaku di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

    “Polis Thailand khususnya di Wilayah Narathiwat menyokong penuh pelaksanaan tembok keselamatan itu kerana ia memberikan manfaat kepada kedua-dua negara daripada aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

    “Usaha itu dapat membantu membanteras penyeludupan senjata, dadah dan barangan kawalan yang sering berlaku di sepanjang sempadan,” katanya kepada media Malaysia menerusi jurubahasa tempatan, baru-baru ini.

    Beliau berkata, kewujudan tembok itu juga akan meningkatkan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan dan mengekang aktiviti melintas sempadan secara haram berbanding keadaan semasa. 

    Pembinaan tembok keselamatan mampu mengekang pelbagai kegiatan penyeludupan dan pergerakan haram yang sering berlaku di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. – Bernama

    Mengulas sensitiviti komuniti setempat, Prayong tidak menafikan sebahagian penduduk di kedua-dua belah sempadan mungkin memberikan reaksi berbeza terhadap pembinaan tembok berkenaan memandangkan ramai mempunyai hubungan persaudaraan yang rapat.

    “Kami mahu penduduk di sempadan menghormati undang-undang dan menggunakan laluan yang betul untuk berulang-alik di kedua-dua negara.

    “Kita tahu polis Malaysia, khususnya di Kelantan amat menitikberatkan keselamatan apabila bertindak menutup pangkalan haram yang sebelum ini digunakan penduduk untuk berulang-alik,” katanya.

    Beliau berkata, berkemungkinan laluan berkenaan digunakan penjenayah sama ada dari Thailand atau Malaysia.

    Kerjasama operasi antara polis kedua-dua negara juga akan terus diperkukuh melalui mesyuarat bersama yang diadakan secara berkala, selain memastikan pembinaan dan pengurusan tembok itu tidak menjejaskan hubungan baik komuniti setempat.

    Pada 21 Oktober lepas, Bernama melaporkan pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. 

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata, tembok keselamatan itu akan dibina di sepanjang sempadan dari Tumpat hingga ke Tanah Merah. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...