Thursday, November 21, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand terima lebih 30 juta pelancong sehingga pertengahan November

    BANGKOK, 20 NOV – Thailand merekodkan lebih 30.56 juta pelancong asing sehingga pertengahan November, meningkat 29 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus berada di landasan untuk mencapai sasaran tahunan 36.7 juta pelancong, menurut data rasmi kelmarin.

    Setakat tahun ini, pelancong dari China mencatatkan jumlah tertinggi dengan 5.97 juta ketibaan, diikuti oleh Malaysia (4.36 juta) dan India (1.82 juta), menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand.

    Kementerian itu menjangkakan pertumbuhan berterusan dalam jumlah pelancong menjelang musim puncak perjalanan, khususnya daripada pasaran jarak jauh, didorong oleh peningkatan kapasiti penerbangan, kemudahan perjalanan yang diperkenalkan oleh kerajaan dan promosi yang menggalakkan syarikat penerbangan menambah laluan ke Thailand.

    Sehingga kini, Thailand telah menjana pendapatan kira-kira 1.43 trilion baht (AS$41.40 bilion) daripada pelancong antarabangsa. Kerajaan menyasarkan pendapatan pelancongan sebanyak 3.5 trilion baht (AS$101.33 bilion) pada tahun ini.

    Pada 2019 sebelum pandemik, Thailand menerima rekod 39.9 juta pelancong asing, menjana 1.91 trilion baht (AS$55.26 bilion) dalam pendapatan.

    Pelancongan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, menyumbang 14.16 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun ini. – Xinhua

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda