Thursday, January 30, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand terus usaha perangi jenayah siber

    BANGKOK, 29 JAN – Kabinet Thailand kelmarin telah meluluskan pindaan undang-undang yang mewajibkan bank, pengendali telekomunikasi dan platform media sosial bertanggungjawab terhadap kerugian yang disebabkan oleh penipuan pusat panggilan, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih ketat untuk memerangi jenayah berkaitan teknologi.

    Jurucakap kerajaan Thailand, Jirayu Houngsub, berkata dalam satu kenyataan bahawa pindaan yang dicadangkan itu akan mengenakan hukuman yang lebih ketat, meningkatkan akauntabiliti bagi pihak berkepentingan utama, serta memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menyasarkan rangkaian jenayah dengan lebih berkesan dan mempercepatkan pemulihan dana kepada mangsa.

    Jirayu menekankan kerjasama berterusan dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara untuk membongkar rangkaian penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang beroperasi berhampiran sempadan Thailand, seperti yang dibincangkan pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN baru-baru ini.

    Dalam mesyuarat tersebut, negara-negara anggota bersetuju untuk mengutamakan usaha bersama dalam menentang jenayah siber dan penipuan media sosial.

    Setelah semakan oleh pejabat undang-undang kerajaan, dekri darurat yang dipinda mengenai langkah-langkah perlindungan dan penindasan jenayah teknologi akan berkuat kuasa selepas diterbitkan dalam Warta Diraja, yang berkemungkinan berlaku awal bulan depan, kata jurucakap tersebut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda