Sunday, September 29, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand tewaskan Tabuan Muda

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Pasukan bawah 19 tahun (B19) Negara Brunei Darussalam menerima kekalahan 6-0 di tangan Thailand semasa Kejohanan Lelaki B19 Tahun ASEAN di Stadium Gelora 10 November di Surabaya, Indonesia, hari ini.

    Pasukan Gajah Perang Muda membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, Pakawat Taengoakson, pada minit kelapan sebelum pemain tengah, Paripan Wongsa, menggandakan jaringan pada minit ke-27.

    Tanadon Ryan melebarkan kedudukan pada minit ke-45 sebelum Pikanet Laohawiwat menjadikan kedudukan 4-0 pada masa kecederaan.

    Namun begitu, pasukan negara telah berusaha meminimumkan jaringan lawan pada separuh masa kedua dengan dua gol daripada pemain penyerang, Pitipong Wongbut, pada minit ke-79 dan Rattapoom Pankejon pada penghujung masa perlawanan.

    Pasukan B19 negara akan menamatkan kempen menentang Singapura pada 25 Julai ini.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda