Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Thailand, TikTok tangani berita palsu

    BANGKOK, 2 MAC – Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menjalin kerjasama dengan TikTok untuk menyebarkan maklumat tepat tentang pilihan raya umum 2023 akan datang.

    Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan pusat pilihan raya akan diwujudkan di TikTok untuk mengendali semua maklumat salah di platform itu semasa pilihan raya dan kempen untuk setiap parti politik.

    Menurut pemilik TikTok, ByteDance terdapat 40.3 juta pengguna dewasa TikTok di Thailand. Bagaimanapun, TikTok diharamkan di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan hinggalah baru-baru ini cawangan eksekutif Kesatuan Eropah turut melarang sementara pekerja daripada menggunakan TikTok sebagai langkah keselamatan siber. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...