Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Pasukan Thailand menjadi pasukan pertama untuk pulang ke negaranya apabila tersungkur daripada rebutan Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN 2018 selepas mencatat keputusan seri menentang Timor Leste hari ini.
Jaringan awal Pasukan Thailand berpunca daripada tangkapan kurang kemas Fagio Agusto Da Silva pada minit ke-3 perlawanan menerusi jaringan Phaphirom Pithak.
Meskipun Pasukan Thailand mempunyai banyak peluang namun tidak berjaya menyempurnakan peluang itu. Dalam perlawanan itu juga turut menyaksikan pemain Timor Leste, Gumario Augusto Fernandes dilayangkan kad kuning kedua.

Harapan Pasukan Timor Leste terbuka apabila kesilapan pertahanan Thailand ayng mengasari Silveiro Da Resureaicao untuk menghadiahkan sepakan percuma tepat di luar petak D Pasukan Thailand.
Sementara itu, sepakan percuma pada waktu kecederaan itu merubah haluan Thailand apabila Lakkhonphon Nopphon gagal menyelamatkan rembatan Rufino Walter Gama dan menjadikan perlawanan kekal 1-1 hingga tamat perlawanan.