Thailand tingkatkan tekanan ke atas pembantah

BANGKOK, 20 OGOS – Polis Thailand hari ini memberkas beberapa lagi aktivis terkemuka terlibat dalam pergerakan pro-demokrasi belia di negara itu, yang menuntut perubahan ke atas kerajaan dan melanggar pantang apabila menyeru bagi reformasi monarki.

Thailand menyaksikan rapat umum hampir setiap hari dalam masa sebulan dengan sekitar 20,000 orang menghadirinya pada hujung minggu bagi melepaskan kemarahan mereka ke atas kerajaan disokong tentera dan seruan untuk membincangkan mengenai peranan keluarga diraja.

Semalaman, polis menahan tiga aktivis utama sebelum menahan lima lagi pagi ini, termasuk dua bintang rap yang lantang bersuara – membawa jumlah keseluruhan mereka yang ditahan kepada 11 orang.

Empat lagi waran tangkap dikeluarkan, polis memberitahu wartawan hari ini.

Mereka yang ditahan ‘semuanya menyertai protes pada 18 Julai,’ kata Karoon Hosakul, seorang ahli parlimen dari parti pembangkang Thai, Pheu, merujuk kepada demonstrasi di Bangkok yang memulakan gelombang rapat umum.

Kesemua lapan orang yang ditahan berdepan dakwaan termasuk memfitnah, dia mengesahkan. – AFP

Ahli kumpulan muzik Rap Against Dictatorship, Decathorn Bamrumgmuang menunjukkan tanda tiga jari, simbol bantahan ketika tiba di balai polis Samranrat di Bangkok. Dia merupakan salah seorang daripada lapan yang ditahan. – AP