Tuesday, April 1, 2025
29.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Thailand tingkatkan usaha tangani kebakaran hutan

BANGKOK, 28 MAC – Thailand sedang meningkatkan usaha memerangi kebakaran hutan di wilayah utara sebagai sebahagian daripada langkah menyeluruh untuk mengawal pencemaran udara PM2.5 yang berbahaya.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Karom Phonphonklang berkata kerajaan, bekerjasama dengan semua agensi berkaitan, sedang bekerja secara berterusan untuk menangani kebakaran hutan.

Beliau berkata Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan khususnya giat memantau dan mengawal kebakaran hutan di 14 zon hutan yang ditetapkan, dengan matlamat mengurangkan jerebu dan melindungi kesihatan awam.

“Operasi lapangan melibatkan pegawai dan komuniti tempatan, menggunakan teknologi untuk memadamkan api serta mengesan kebakaran hutan, menjalankan kempen proaktif untuk mencegah pembakaran hutan, dan menguatkuasakan undang-undang secara tegas terhadap mereka yang melakukan pembakaran haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa punca utama kebakaran hutan di Thailand berpunca daripada aktiviti manusia termasuk pencarian makanan, pemburuan haram, pembalakan haram, penternakan haiwan, serta kecuaian pengembara berkhemah.

Menurut laporan media Thailand pada Selasa, kawasan di dua daerah Chiang Mai yang mengalami kebakaran hutan selama dua minggu telah diisytiharkan sebagai zon bencana, sementara pihak berkuasa tempatan terus berusaha mengawal kebakaran tersebut. – Bernama

Sebuah helikopter bomba Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana (DDPM) Thailand menjatuhkan air untuk memadamkan kebakaran hutan di daerah Mae On di wilayah utara Chiang Mai, Thailand pada 26 Mac 2025. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda