BANGKOK, 24 APRIL – Thailand telah menubuhkan jawatankuasa ad hoc untuk menguruskan situasi yang timbul daripada pergolakan di sempadan Thailand-Myanmar. Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin yang mengarahkan penubuhan jawatankuasa itu dalam catatannya di platform X berkata ia akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Parnpree Bahiddha-Nukara. Srettha yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata jawatankuasa

