Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thaksin jalani pembedahan

    BANGKOK, 19 SEPT – Bekas perdana menteri Thailand yang dipenjarakan, Thaksin Shinawatra telah menjalani pembedahan minggu lalu, kata anak perempuannya hari ini, ketika keluarganya mempertimbangkan untuk mendapatkan pembebasannya secara parol.

    Bilionair berusia 74 tahun itu digulingkan oleh rampasan kuasa tentera pada 2006 dan kembali ke negara itu bulan lalu dan dipenjarakan sejurus ketibaan.

    Dia telah dipindahkan dalam masa beberapa jam kemudian ke bilik persendirian di hospital polis kerana kesihatannya yang lemah, dan awal bulan ini raja mengurangkan hukuman lapan tahunnya kepada satu tahun.

    “Ayah saya menjalani pembedahan minggu lalu dan saya tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk pulih,” kata anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra kepada pemberita, tanpa memberikan butiran mengenai pembedahan itu. – AFP

    Thaksin Shinawatra menyambut penyokongnya bersama anak bongsunya, Paetongtarn Shinawatra (kanan) selepas mendarat di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok pada 22 Ogos lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda