Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thaksin jalani pembedahan Ortopedik

    BANGKOK, 24 OKT – Mantan perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang dipenjarakan telah menjalani pembedahan ortopedik, kata pegawai penjara yang turut memberitahu bahawa pembedahan kedua beliau akan dilakukan dalam tempoh selang beberapa minggu.

    Jutawan berusia 74 tahun itu, yang digulingkan sebagai perdana menteri semasa rampasan kuasa 2006, kembali ke Thailand pada Ogos lalu secara serta-merta dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

    Thaksin telah dipindahkan ke hospital polis hanya beberapa jam selepas dipenjarakan, kerana kesihatannya yang lemah, dan bulan lalu anak perempuannya berkata dia telah menjalani pembedahan, tanpa memberikan butiran.

    Dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Thaksin telah menjalani pembedahan ortopedik selama lima jam.

    Dia sedang dalam pemulihan di unit rawatan rapi, tambah kenyataan itu, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Kepulangan bekas perdana menteri itu adalah serentak dengan partinya, Pheu Thai kembali berkuasa.

    Beberapa hari kemudian, Raja Maha Vajiralongkorn telah mengurangkan hukuman Thaksin daripada lapan tahun kepada satu tahun.

    Media tempatan melaporkan bahawa Thaksin mengalami sesak dada dan tekanan darah tinggi, dan 10 hari lalu menyiarkan gambar beliau dipindahkan di atas katil dari hospital polis untuk menjalani imbasan CT dan MRI. – AFP

    Thaksin Shinawatra semasa tiba di Lapangan Terbang Don Mueang Bangkok pada 22 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda