Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thanathorn bidas serangan politik

    BANGKOK, 27 Feb – Seorang taikun berusia 40 tahun yang telah menjadi pujaan para belia di Thailand susulan kenyataan tajam di media sosial hari ini mengecam usaha untuk menjatuhkannya tatkala parti prodemokrasi itu semakin mendapat tumpuan menjelang pilihan raya bulan depan.

    Thanathorn Juangroongruangkit, merupakan seorang perwakilan Parti Future Forward yang berkarisma dan parti baharu itu juga mensasarkan undian belia di bandar dengan menyokong platform anti-junta.

    Beliau mengejutkan dunia politik Thailand, dengan menawarkan pilihan segar dalam pilihan parti politik yang sudah lama dikuasai oleh kerabat diraja, blog protentera atau parti populis mantan perdana menteri Thaksin Shinawatra.

    Thanathorn telah menarik lebih ramai yang kebanyakannya orang muda di media sosial, pengundi kali pertama.

    Tetapi tindakan undang-undang menyusul bersama kepopularannya itu.

    Thanathorn Juangroongruangkit tiba di Pejabat Peguam Negara di Bangkok di mana beliau berdepan dakwaan kenyataan berbaur anti-junta di Facebook menjelang pilihan raya umum bulan depan. – AFP

    Hari ini, beliau hadir di pejabat pendakwaan berhubung kes yang ditimbulkan oleh junta di bawah Akta Jenayah Komputer Thailand.

    Beliau dan dua lagi ahli parti mungkin berdepan lima tahun penjara jika disabitkan bersalah kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai junta di Facebook pada tahun lalu.

    “Kami yakin tidak bersalah dan kami yakin dengan kuasa rakyat,” beritahu Thanathorn kepada para wartawan.

    “Saya rasa orang ramai faham tatkala populariti Future Forward semakin meningkat, ada yang cuba untuk menjatuhkan saya. Tetapi kami akan tetap mara ke depan.

    Pihak pendakwaan sekali lagi akan mengadakan pertemuan pada 26 Mac depan bagi membuat pertimbangan sama ada pendakwaan diteruskan.

    Thanathorn kemudiannya menerusi Twitter memberi amaran kepada 182,000 pengikutnya dengan berkata, “ini bukan halangan terakhir yang boleh menghalang kita.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda