BANGKOK, 30 April – Pemimpin jutawan kuasa terbaharu dan paling dinamik dalam politik Thai berkata, beliau bersedia dipenjara kerana kes undang-undang menyelubungi parti pemuda berminggu-minggu selepas beliau mendapat jutaan undian dalam satu pilihan raya umum.
Thanathorn Juangroongruangkit, pendatang politik baharu yang berkarisma itu akan muncul di Suruhanjaya Pilihan Raya pada Selasa untuk menjelaskan mengenai pemindahan saham yang dipertikaikan.
Ia merupakan siri terkini terhadap Thanathorn dan Parti Masa Depan, yang memperoleh lebih daripada enam juta undi pada pilihan raya 24 Mac tetapi kini diselubungi oleh 16 kes undang-undang berasingan. Thanathorn memberitahu AFP pada Isnin lalu bahawa beliau sudah pun tahu sejak mereka melancarkan parti bahawa ancaman lambat laun akan datang.
Walau bagaimanapun ancaman tersebut lebih cepat daripada apa yang dijangkakan, katanya.
Suruhanjaya itu menimbulkan cabaran yang nyata dan segera.Ia dijangka membuat keputusan segera mengenai dakwaan bahawa Thanathorn melanggar peraturan pilihan raya dengan memiliki saham dalam syarikat media.
Lelaki berusia 40 tahun itu menegaskan bahawa saham itu telah dibatalkan pada minggu sebelum dia mendaftar untuk bertanding dan mendakwa ia sebagai helah politik.
Suruhnjaya boleh menggantung Thanathorn daripada aktiviti politik, yang banyak bergantung pada kuasa bintangnya dan perbincangan di media sosial bersama pengundi muda.
Beliau juga mengemukakan kesnya ke Mahkamah tinggi yang membawa hukuman berat kerana melanggar peraturan pilihan raya dan akhirnya boleh membubarkan parti itu. – AFP