Pasangan selebriti Indonesia Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Memetik laporan mStar, berita gembira itu dikongsi pasangan tersebut semasa majlis gender reveal yang diadakan pada Khamis lalu.
Aaliyah yang kini sedang hamil enam bulan dijangka bersalin pada Mei depan.
“Anak lelaki,” katanya Thariq ringkas menerusi Instagram miliknya.
Menjengah ke ruang komen, warganet gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kedua-dua pasangan itu bakal menjadi ibu bapa yang baik buat anak mereka.
“Mereka yang diberi nikmat miliki cahaya mata, tapi tak tahu kenapa saya yang gembira.
“Tahniah Thariq dan isteri, semoga anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat sahaja.
“Perasaan saya benar ia anak lelaki, apa-apa pun semoga urusan Aaliyah bersalin nanti berjalan lancar,” tulis warganet.
Untuk rekod, Thariq, 26, dan Aaliyah, 23, mendirikan rumah tangga pada 26 Julai tahun lalu. – Agensi
