Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid

    Dengan sekali lafaz, Youtuber terkenal Indonesia, Thariq Halilintar sah bergelar suami kepada pelakon Aaliyah Massaid pada pagi Jumaat.

    Pasangan selebriti itu disatukan sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Raffles, Jakarta Selatan.

    CNN Indonesia melaporkan, Thariq menyerahkan mas kahwin sebanyak 26,072,024 juta Rupiah (RM7,454.85) sebagai simbolik kepada tarikh pernikahan mereka pada 26 Julai 2024.

    Bapa saudara kepada Aaliyah iaitu Tjandra Mudji Massaid bertindak sebagai wakil wali manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo hadir sebagai saksi.

    Manakala wakil rakyat Bambang Soesatyo pula bertindak sebagai saksi mewakili pihak pengantin perempuan.

    Thariq pada 15 Mei lalu melamar Aaliyah sebagai isteri sebelum mereka melangsungkan pertunangan pada 23 Jun lalu. – Agensi

    Thariq dan Aaliyah kini sah bergelar suami isteri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda