PARIS, 31 OGOS – Florian Thauvin menandakan kepulangannya selepas diketepikan selama 15 bulan dengan menja-ringkan satu gol dan dua assist ketika Marseille menewaskan Brest 3-2 kelmarin dalam perlawanan pembukaan mereka untuk musim Ligue 1.
Pemenang Piala Dunia, Thauvin terlepas kesemua perlawanan kecuali bermain selama 20 minit dalam musim 2019-2020 yang dipendekkan disebabkan oleh kecederaan buku lali dengan Marseille ketinggalan jauh kepada Paris Saint-Germain, yang merupakan kedudukan terbaik kelab dalam tujuh tahun.
Jurulatih Andre Villas-Boas berharap kepulangan Thauvin dalam kecergasan penuh akan dapat membantu pasukan merapatkan jurang dengan musuh mereka, Paris Saint-Germain, yang akan memulakan kempen mereka pada 10 September dan menjadi tuan rumah kepada Marseille tiga hari kemudian.
Jadual perlawanan pembukaan Marseille minggu lalu telah ditunda selepas mereka mengalami kes COVID-19 baharu. Dimitri Payet, Bouna Sarr dan Alvaro Gonzalez adalah antara pemain yang terlepas perjalanan menuju Brest selepas kelab melaporkan tiga kes baharu jangkitan minggu lalu.
Walau bagaimanapun, penjaga gol Steve Mandanda dan pemain bek kiri, Jordan Amavi telah diberi kelepasan untuk bermain selepas berada dalam kuarantin, sementara pemain Argentina, Leonardo Balerdi telah membuat penampilan sulungnya bersama Marseille selepas ditandatangani secara pinjaman dari Borussia Dortmund. – AFP
