Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

‘The Alligator’ mahu bangkit buru gelaran One Championship

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut, jaguh welterweight Malaysia Agilan Thani (gambar bawah-Bernama) bertekad untuk bangkit merangkul gelaran dalam saingan One Championship.

Atlet seni bela diri campuran (MMA) yang lebih dikenali ‘The Alligator’ itu optimis mampu mempersembahkan magis ketika pertempuran seterusnya menentang Ilja Stojanov dari Jerman di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 Okt ini.

Bagaimanapun, atlet berusia 27 tahun itu mengakui perlu lebih bersedia terutama apabila lawannya mempunyai rekod lebih baik dengan tujuh kemenangan tanpa sebarang kekalahan dan hanya satu seri.

Agilan pula, mempunyai rekod 10 kemenangan dan tujuh kekalahan dalam saingan One Championship.

“Untuk tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini, semua kena faham saya kalah dengan juara dunia, jadi mereka memang hebat. Saya mengambil pengajaran daripada kekalahan dan akan cuba buat yang terbaik untuk kali ini.

“Seperti biasa, saya telah membuat persiapan lebih enam minggu termasuk latihan sebulan di Phuket Fight Club, Thailand bulan lepas. Ia bagus untuk saya kerana dapat rakan seperlatihan yang berkualiti di sana,” katanya kepada pemberita di gelanggang latihannya di sini hari ini.

Agilan berkata beliau sedang melakukan persiapan terakhirnya untuk menurunkan sekurang-kurangnya sekilogram bagi kategori welterweight, yang memerlukan berat badan atlet antara 77 hingga 83.9 kilogram.

Kali terakhir beliau merangkul kejuaraan adalah pada Disember 2019 ketika bertemu jaguh Amerika Syarikat (AS) Dante Schrio, sebelum kecundang kepada Tyler McGuire juga dari AS, Hiroyuki Tetsuka (Jepun) dan Tae Ho Jin (Korea Selatan).

Agilan tidak pernah tewas ketika menjadi atlet amatur, yang seterusnya menyaksikan beliau merangkul kejuaraan kebangsaan Malaysia sebelum menjadi profesional dengan memenangi enam pertarungan berturut-turut di pentas global ONE Championship untuk memperoleh pukulan di Kejohanan Dunia Welterweight. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -