Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Bear raih kemenangan awal Anugerah Emmy 2024

    The Bear meraih kemenangan awal untuk bintangnya termasuk Jeremy Allen White dan Ebon Moss-Bachrach di Anugerah Emmy ke-76, lapor PA Media/dpa berita.

    Bintang Hollywood berhimpun di Peacock Theatre di Los Angeles buat kali kedua tahun ini untuk meraikan pencapaian terbaik dalam televisyen, selepas majlis pada September 2023 ditangguhkan berikutan mogok penulis dan pelakon Amerika Syarikat (AS).

    Dalam monolog pembukaan mereka, pasangan hos bapa dan anak, Eugene dan Dan Levy membuat jenaka tentang The Bear yang dikategori dalam komedi selepas reaksi bahawa ia seharusnya di kategori drama.

    Siri itu mengisahkan seorang cef terkenal (Allen White) yang kembali ke Chicago untuk menguruskan perniagaan keluarga selepas kematian abangnya.

    Allen White menyifatkan dirinya sebagai ‘amat, amat, amat bertuah’ selepas memenangi Emmy pelakon utama dalam siri komedi untuk peranannya sebagai Carmen ‘Carmy’ Berzatto.

    “Rancangan ini telah mengubah hidup saya, ia telah menanamkan keyakinan bahawa perubahan adalah mungkin, perubahan itu mungkin jika anda dapat menjangkau, anda benar-benar tidak bersendirian,” katanya di atas pentas. – Bernama

    Jeremy Allen White (kiri) dan Ebon Moss-Bachrach (kanan) meraikan kemenangan mereka di Anugerah Emmy ke-76. – Reuters
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda