Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    The B!G Carnival meriah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) secara rasminya pada hari ini telah memulakan acara The B!G Carnival yang berlangsung di kompleks berkenaan.

    Acara tiga hari itu diadakan bertujuan menarik orang ramai untuk datang dan memeriahkan suasana di ibu negara.

    Objektif utama acara ini adalah untuk melancarkan tempat baharu yang dikenali sebagai ‘The Artisan’ yang terletak di tengah-tengah Open Plaza, Kompleks Yayasan.

    Selain itu, ia juga bertujuan menyediakan platform bagi pelbagai organisasi untuk mempromosikan perniagaan mereka sempena musim perayaan pada bulan Disember nanti.

    The B!g Carnival juga merupakan inisiatif oleh Kompleks Yayasan untuk menyokong perniagaan tempatan yang mengambil bahagian dalam Festival Disember Brunei 2020.
    Orang ramai dijemput untuk mengunjungi acara tersebut bagi merasai sendiri karnival yang menarik dari hari ini sehingga hujung minggu ini.

    The B!g Carnival terdiri daripada lapan bahagian berbeza iaitu The Artisan, F&B Corner, Kids Corner, Reptile Show, Space, Pop-Naik Ruang, Medan Selera dan Blok C di mana sebanyak lebih 40 vendor berjaya dikumpulkan bagi menjayakan dan memeriahkan acara kali ini.

    Suasana semasa The B!g Carnival di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda