The blues kembali bangkit benam Watford

LONDON, 5 JULAI – Chelsea kembali merebut tempat di tangga empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika jaringan dari Olivier Giroud, Willian dan Ross Barkley memberikan kemenangan selesa untuk menewaskan Watford 3-0 sekali gus meletakkan Watford satu mata di atas zon penyingkiran.

Kemenangan Manchester United 5-2 menentang Bournemouth baru-baru ini menyaksikan Chelsea tergelincir dari kedudukan empat teratas, tetapi the Blues kembali bangkit dari kekalahan mereka pada perlawanan minggu lalu.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard, menebus kembali kekecewaan mereka ketika tewas 3-2 menentang West Ham Rabu lalu dengan membuat empat perubahan.

Giroud adalah salah seorang pemain yang dipanggil semula dalam kesebelasan utama dan pemain berusia 33 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang dan membuktikan kepada Lampard kebolehannya selepas melanjutkan kontrak baharunya bersama kelab selama satu tahun lagi.

Percubaan pertama pemain antarabangsa Perancis itu diselamatkan oleh Ben Foster, tetapi beliau tidak boleh dihentikan selepas menemukan jaringan gol menerusi hantaran Barkley di minit ke-28 perlawanan.

Reaksi Ross Barkley ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan EPL antara Chelsea dan Watford di Stadium Stamford Bridge, London, semalam. – AP

Pengurus Watford, Nigel Pearson juga membuat panggilan besar dengan pemilihan pasukannya ketika dia menurunkan Nathaniel Chalobah dalam kesebelasan utama dan Andre Gray setelah kedua-duanya diketepikan semasa kekalahan 3-1 di halaman sendiri menentang Southampton hujung minggu lalu.

Namun, tidak ada peningkatan dalam prestasi skuad Watford hanya mendapat satu mata dari empat perlawanan mereka sejak EPL kembali semula.

Willian memasuki bulan terakhir sebelum kontraknya berakhir di Stamford Bridge setelah tujuh tahun bersama kelab itu.

Pemain Brazil itu dikaitkan dengan Arsenal dan Tottenham yang berminat untuk membelinya, dia telah menjaringkan gol keempatnya sejak EPL dimulakan semula.

Chelsea menambah lagi jaringan pada separuh masa kedua menerusi Barkley sebagai memastikan kemenangan selesa dan mengukuhkan kedudukan slot Liga Juara-Juara. – AFP