The citizens impi sapu bersih trofi utama

LONDON, 26 FEB – Manchester City menyasarkan menyapu bersih empat kejuaraan utama ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi tuan rumah kepada West Ham pada hujung minggu ini.

Bagi memberikan tekanan terhadap City, pasukan di tempat kedua, Manchester United mesti menamatkan permulaan tanpa kalah Thomas Tuchel yang ketika ini menguruskan Chelsea.

Manchester City mara ke kedudukan teratas EPL bukan suatu perkara yang mengejutkan jika dilihat kepada kemampuan mereka memenangi kejuaraan, tetapi kebangkitan mereka untuk memecah rekod adalah disebabkan kepercayaan mereka untuk mengecap kehebatan.

City mencatatkan kemenangan ke-19 berturut-turut dalam semua kejohanan – satu rekod untuk pasukan liga utama England – ketika mereka membenam Borussia Monchengladbach 2-0 di saingan Liga Juara-Juara kelompok 16 terakhir pusingan pertama, Rabu lalu.

Pasukan Pep Guardiola berada 10 mata di hadapan untuk menakluki puncak EPL, berdepan Tottenham di final Piala Liga dan mara ke pusingan suku akhir Piala FA.

Bernardo Silva, yang mencatat nama selaku penjaring menentang Borussia, menyuarakan keyakinan City selepas mereka semakin hampir meraih empat kejuaraan utama yang sebelum ini belum pernah dicapai oleh mana-mana pasukan.

Keputusan tanpa kalah sebanyak 26 perlawanan sejak November, Silva berkata City mampu memberikan satu standard kecemerlangan selepas kejayaan treble dua musim lalu.

“Kami tahu kami mempunyai momentum yang bagus, tetapi ini cuma kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara,” katanya. “Kami masih mempunyai EPL, Piala FA dan Piala Liga.

“Ini akan menjadi musim yang mencabar tetapi kami pasti akan mencuba memenangi kesemuanya.”- AFP

Reaksi pemain Manchester City selepas melengkapkan kemenangan ketika bermain menentang Gladbach baru-baru ini.- AP