The Foxes kekal tiga teratas

LEICESTER, ENGLAND, 23 JAN – Leicester mengekalkan penantian tempat teratas dengan membenam pesaingnya West Ham 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Meski meraih kemenangan selesa menentang pasukan lawan, Leicester berdepan dengan ancaman selepas kecederaan pemainnya kembali menghantui penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, Jamie Vardy iaitu sebelum aksi separuh masa pertama tamat ketika Leicester City mengalahkan West Ham United.

Vardy, yang menjaringkan 17 gol untuk membantu Leicester berada di kedudukan ketiga liga musim ini, dilihat akan menyertai senarai penyerang berdepan masalah kecederaan, sekali gus menyebabkan Southgate kurang pilihan menjelang Euro 2020.

Dalam perlawanan bertemu West Ham itu, Vardy cuba untuk meneruskan permainan dalam kecederaan namun akhirnya terpaksa mengambil keputusan meninggalkan padang.

Vardy tersingkir tepat sebelum separuh masa pertama di Stadium King Power dengan pasukannya mendahului 1-0 di hadapan pasukan lawan menerusi gol pembukaan Harvey Barnes.

Selepas kekalahan berturut-turut ke atas Southampton dan Burnley, Leicester kembali meraih aksi terbaiknya untuk memastikan tuan rumah mengekalkan kedudukan ketiga.

Leicester berjaya mencatatkan kemenangan hasil dua gol pada separuh masa pertama melalui Harvey Barnes pada minit ke-24 dan Ricardo Domingos Barbosa Pereira pada minit ke-45 sebelum West Ham cuba bangkit selepas rehat hasil jaringan penalti Mark Noble ke-50.

Bagaimanapun, Ayoze Perez mengesahkan kemenangan Leicester selepas menyumbat dua lagi gol termasuk sepakan penalti minit ke-81 dan satu lagi ja-ringan dua minit sebelum masa sebenar tamat.

Ditanya mengenai Vardy, pengurus Leicester, Brendan Rodgers berkata: “Semoga beberapa hari akan datang dia akan kembali seperti sebelumnya dan kekal cergas.” – AFP

Reaksi Ayoze meraikan kemenangan selepas mencetak gol ketiga pada perlawanan menentang West Ham 22 Januari. – AP