The Foxes kukuh kedudukan Liga Juara-Juara

LEICESTER, 17 JULAI – Leicester mengukuhkan kedudukannya di tempat kelayakan Liga Juara-Juara dengan mengalahkan Sheffield United 2-0 di Liga Perdana Inggeris pada perlawanan semalam, masing-masing dijaringkan oleh Ayoze Perez dan Demarai Gray.

Kemenangan itu mengekalkan kedudukan Leicester di tempat keempat, satu mata berada di belakang Chelsea di tempat ketiga dan berada di atas tempat kelima Manchester United dengan perbezaan gol.

Di tempat kelima sekurang-kurangnya layak untuk ke Liga Europa hampir terjamin untuk United, setelah melepasi jurang enam mata daripada tempat keenam Wolverhampton dan mempunyai perbezaan gol yang jauh dengan berbaki dua perlawanan sahaja lagi.

“Hasilnya memberikan kita penamat kedua tertinggi dalam sejarah Leicester,” kata
pengurus Leicester, Brendan Rodgers.

“Kami masih mempunyai dua perlawanan untuk mencipta lebih banyak sejarah.”

Dengan Manchester City memenangi rayuannya terhadap larangan dua tahun daripada menyertai pertandingan di Eropah, kedudukan empat teratas diperlukan untuk layak ke Liga Juara-Juara dan bukan penentuan di tempat kelima teratas.

Leicester akan mengakhiri musim mereka dengan perjalanan ke Tottenham.

Perez menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-29.

Gray yang diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-76, menggandakan kedudukan dalam masa tiga minit kemudian, menjaringkan gol menerusi hantaran Jamie Vardy. – AP

Aksi Demarai Gray ketika menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Sheffield United di Stadium King Power, Leicester, England, semalam. – AP