Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Foxes tumbangkan United

    MANCHESTER, 12 MEI – Jaringan pada babak kedua dari Caglar Soyuncu berjaya membantu Leicester menewaskan Manchester United 2-1 kelmarin di mana keputusan tersebut mengesahkan Manchester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris dan mengukuhkan kedudukan The Foxes di slot Liga Juara-Juara.

    Luke Thomas meletakkan Leicester di hadapan seawal minit ke-10 di Old Trafford tetapi kedudukan tersebut tidak bertahan lama selepas Mason Greenwood menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

    Tetapi tandukan pemain pertahanan Turki, Soyuncu pada minit ke-66 telah memberikan kelebihan buat Leicester dan akhirnya mencetuskan keraian seteru rapat United.

    Kekalahan tersebut membuatkan United, yang menghuni tangga kedua, 10 mata mengejar City, dengan hanya sembilan mata maksimum yang boleh diraih buat United dari baki tiga perlawanan musim ini.

    Bagi Leicester, kemenangan tersebut membantu memintas kedudukan Chelsea di tangga ketiga, walaupun The Blues mempunyai kelebihan satu perlawanan, dengan kedudukan empat teratas pada hujung musim ini menjamin beraksi di kejohanan elit Eropah musim hadapan.

    Reaksi Brendan Rodgers mengucapkan tahniah kepada pemainnya setelah The Foxes berjaya menewaskan Manchester United di Old Trafford.- AP

    Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, berdepan jadual yang padat dengan tiga perlawanan dalam tempoh lima hari, berjanji untuk menggilirkan skuadnya.

    Dan pengurus dari Norway itu melaksanakan janjinya, membuat 10 pertukaran ketika pasukannya membenam Aston Villa 3-1.

    Greenwood merupakan satu-satunya pemain United yang dikekalkan, dengan Leicester menurunkan semula Ayoze Perez dan Thomas.

    Pemain pertahanan United, Harry Maguire terlepas perlawanan pertama sejak menyertai kelab dari Leicester pada 2019 selepas mengalami masalah kecederaan buku lali semasa kemenangan di Villa Park.

    Pasukan pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-10 hasil jaringan Thomas, yang membuat sepakan voli dari hantaran Youri Tielemans.

    Manchester United, walau bagaimanapun, selalu bangkit dari ketinggalan dan mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menyamakan kedudukan.

    Diallo menewaskan Thomas dan menghantar bola kepada Greenwood, yang kemudian membuat gerakan cantik untuk memberikan ruang membuat percubaan melepasi Kasper Schmeichel.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda