Sunday, July 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Lantis terharu sambutan peminat konsert Jiwa Kacau

    Ketika emosi galau masih berbekas di jiwa peminat, pemuzik asal Indonesia The Lantis tampil penuh semangat pada konsert Jiwa Kacau 2025 yang turut menampilkan barisan artis terkenal seperti Wali, Kerispatih, Hujan, Bunkface dan Spider baru-baru ini.

    Band baharu dianggotai Giri selaku vokalis, Ravi dan Ojan sebagai gitaris semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan apabila persembahan sulung mereka di Malaysia pada 28 Jun lalu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil telah berjaya menawan hati penonton.

    “Ini mimpi yang akhirnya menjadi kenyataan. Kami akhirnya tampil ke Malaysia dan disambut dengan begitu baik oleh penonton Malaysia. Ini merupakan kebahagiaan yang tak dapat kami ungkapkan dengan kata-kata.

    “Kami tak sabar untuk kembali dan berkongsi lebih banyak karya dengan peminat,” katanya kepada Kosmo.

    Antara lagu yang dipersembahkan termasuk Bunga Maaf, Ambang Rindu dan Lampu Merah yang menambat lebih ramai peminat untuk turut menyanyi bersama.

    Lagu Bunga Maaf yang dilancarkan pada November 2024 kini masih tersenarai dalam carta 50 teratas Malaysia di Spotify.

    The Lantis mula mencipta nama menerusi lagu Lampu Merah yang tular dengan lebih 96 juta penstriman.

    Mereka pernah menduduki carta teratas dalam kalangan peminat muzik Indonesia, sebelum terus mengukuhkan kedudukannya menerusi lagu Bunga Maaf yang kini mencatat lebih 161 juta jumlah penstriman. – Agensi

    The Lantis tampil penuh semangat pada konsert Jiwa Kacau 2025. – Kompas ID
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda