Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    The OVATruth: PCOS forum tingkat kesedaran kesihatan wanita

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Forum Kesihatan Wanita The OVATruth: PCOS anjuran kumpulan OVAchievers telah melancarkan PCOS Community Support Platform bagi memperkukuh sokongan komuniti dan meningkatkan kesedaran mengenai Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), di Bilik Senate, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 18 Ogos lalu.

    Pelancaran platform itu disempurnakan menerusi ucapan alu-aluan oleh ahli OVAchievers, Awang Mohammad Aiman Hakeem Haji Mohammad Som dan Dayang Nur Adlina Haji Azman, yang menekankan kepentingan kerjasama masyarakat dalam menangani cabaran kesihatan wanita.

    Forum tersebut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor (Kehidupan Universiti dan Tadbir Urus) UBD, Hajah Maudena Haji Abdul Hamid selaku tetamu kehormat.

    Program dimulakan dengan tayangan video pendek mengenai cabaran wanita dengan PCOS, selain menyorot usaha advokasi yang dijalankan oleh pihak OVAchievers.

    Sesi perbincangan panel dikendalikan oleh Timbalan Pengarah UniHealth, Dr Deeni Rudita Idris. Perbincang berkenaan menampilkan dua panel iaitu Ketua Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif di Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Dr Lydia Suguna Chitra Karat dan Pengasas BleedSafely, Dayang Siti Zaimah Roslan, yang berkongsi pandangan dan panduan praktikal mengenai kesihatan wanita dan PCOS.

    Forum turut diselitkan kuiz interaktif bagi menguji pengetahuan dan meningkatkan kesedaran peserta mengenai PCOS secara informatif namun santai.

    Ahli OVAchievers di bawah Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 10 termasuk Awang Muhammad Ar-Rifa’ie Pehin Dato Haji Awang Halbi, Awangku Muhammad Hazim Pengiran Haji Muhammad Asyraf, dan Dayang Nurul Amirah Faeezah Haji Mohamad Sufri turut terlibat menjayakan penganjuran dengan sokongan penaja sekali gus memudah cara perbincangan interaktif dan melibatkan penyertaan peserta bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan tindakan dalam aspek kesihatan wanita.

    Melalui inisiatif The OVATruth: PCOS, OVAchievers komited memperkasakan wanita dengan menyediakan pendidikan, sumber serta rangkaian sokongan komuniti bagi mereka yang terkesan dengan PCOS di Brunei.

    Gambar ramai peserta yang hadir semasa forum berkenaan yang diadakan di Bilik Senate, Dewan Canselor, UBD pada 18 Ogos lalu.

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Bengkel beri kesedaran tentang PCOS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Seramai 150 orang...

    Rawatan awal menopaus bantu wanita kekal di alam pekerjaan

    KUALA LUMPUR – Lim Ai Jing berasakan dirinya telah...

    AS semak semula label amaran terapi penggantian hormon

    WASHINGTON, 18 JULAI - Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan...

    Wanita mati otak lahirkan anak damit

    ATLANTA, 18 JUN - Seorang anak damit telah selamat...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...