Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘The Princess Diaries 3’ kembali selepas 20 tahun

    Selepas 20 tahun, pelakon Anne Hathaway dikhabarkan bakal membintangi sekuel ketiga filem The Princess Diaries tidak lama lagi.

    Ketika khabar angin bertiup kencang dalam kalangan peminat filem tersebut, Anne, 41, memuat naik video pendek di Instagram seakan mengesahkan perkara itu.

    Menerusi video tersebut, Anne dilihat mengira satu hingga tiga dengan jari namun pada kiraan ketiga, pelakon itu terus menyebut shut up sebelum memberikan ciuman ke arah kamera.

    Difahamkan shut up itu merupakan salah satu dialog yang dilontarkan Anne ketika melakonkan watak Mia Thermopolis dalan filem berkenaan.

    Bukan itu sahaja, pelakon itu turut memberitahu dia bakal kembali ke Genovia menerusi ruangan kapsyen.

    “Keajaiban berlaku, Puteri Mia kembali ke Genovia!,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, DailyMail melaporkan Adele Lim yang merupakan pengarah filem Crazy Rich Asians akan mengarahkan Princess Diaries 3.

    Bagaimanapun tarikh filem itu bakal ditayangkan masih dirahsiakan sehingga kini.

    Sebelum ini, Anne terlibat dalam kedua-dua sekual filem tersebut termasuk The Princess Diaries 1 pada 2001 dan The Princess Diaries 2: Royal Engangement pada 2004. – Agensi

    Anne Hathaway membintangi filem tersebut 20 tahun lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda