Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Reds, Citizens sama hebat

    LONDON, 4 OKT – Manchester City dua kali ketinggalan mengejar perlawanan untuk terikat seri 2-2 menentang Liverpool dalam perlawanan mendebarkan di Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam ketika Tottenham meraih kemenangan untuk meredakan tekanan pada Nuno Espirito Santo.

    Mohamed Salah hampir memberikan kemenangan di Anfield, namun Phil Foden membatalkan gol pembukaan dari Sadio Mane dan jaringan Kevin De Bruyne di akhir perlawanan menyelamatkan satu mata untuk pasukan Pep Guardiola.

    Keputusan antara kedua-dua pasukan yang menguasai EPL selama empat tahun terakhir menjadikan perlumbaan gelaran EPL yang sangat mengagumkan.

    Liverpool kini belum tewas berada di belakang pendahulu liga, Chelsea sementara City berada di tempat ketiga, berbeza dua mata di tangga teratas.

    Di perlawanan yang berasingan, Spurs mengalahkan Aston Villa 2-1 dan Leicester seri 2-2 di Crystal Palace sementara pasukan baharu Brentford menjaringkan gol pada minit–minit akhir perlawanan untuk mengalahkan West Ham 2-1.

    Aksi Salah semasa menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan EPL antara Liverpool dan Manchester City di Anfield, semalam. – AP

    City mula kehilangan mata selepas menentang Southampton bulan lalu, kelihatan masih berpotensi untuk bersaing merebut gelaran, dengan perlawanan yang jauh lebih sukar menentang juara Eropah, Chelsea dan Liverpool.

    Tetapi juara bertahan itu menunjukkan kejayaan mereka dengan kemenangan 1-0 minggu lalu di Stamford Bridge dan kini mempamerkan persembahan yang mengagumkan di Liverpool.

    City menguasai separuh masa pertama semalam tetapi gagal menemukan peluang.
    Sebaliknya Liverpool menemukan jaringan pertama menerusi rembatan Mane melalui hantaran Salah.

    City berjaya menyamakan kedudukan semula menerusi penyudah Foden tetapi Salah menghasilkan jaringan solo sensasi untuk membawa Liverpool ke depan pada minit ke-76.

    Namun, De Bruyne menyamakan kedudukan kembali lima minit kemudian dengan rembatan yang terkena Joel Matip.

    “Perlawanan yang hebat,” kata Guardiola kepada Sky Sports. “Itulah sebabnya tahun-tahun terakhir Manchester City dan Liverpool selalu ada kerana kami berusaha bermain dengan cara ini. Sayangnya kami tidak dapat menang – tetapi kami tidak kalah.

    “Itulah sebabnya EPL adalah yang terbaik. Ia hebat, sangat hebat.”

    Klopp kecewa dengan penampilan separuh masa pertama pasukannya tetapi mengatakan mereka mengubah keadaan selepas rehat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda