Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Reds ikat Konate ‘jangka panjang’

    LONDON, 28 MEI – Jurgen Klopp memperkuatkan benteng pertahanan Liverpool dengan menandatangani pemain pertahanan RB Leipzig, Ibrahima Konate dengan ‘kontrak jangka panjang’, hari ini.

    Pemain kebangsaan Perancis bawah 21 tahun, Konate akan bersaing di bahagian tengah pertahanan Klopp selepas mereka mengalami ketandusan pilihan berikutan kecederaan demi kecederaan pemain pertahanan pada tengah musim ini.

    Liverpool mengaktifkan klausa perpindahan sebanyak 36 juta pound dalam kontrak pemain Leipzig berusia 22 tahun itu untuk melengkapkan perpindahan ke Anfield.

    Perpindahan tersebut tertakluk kepada pelepasan antarabangsa dan permit pekerjaan United Kingdom.

    “Saya sangat gembira menyertai kelab hebat seperti Liverpool,” kata Konate di laman web Liverpool. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda