LONDON, 1 MAC – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hari ini berkata minggu ini merupakan minggu penting jika pasukannya mahu melonjak ke empat teratas Liga Perdana dan mengambil tempat dalam Liga Juara-Juara.
The Reds bertemu Wolves di Anfield esok selepas keputusan seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace pada hujung minggu untuk mengambil momentum daripada kebangkitan dalam prestasi Liga Perdana mereka berikutan separuh musim pertama yang sukar.
Pada Ahad mereka akan melayani kunjungan Manchester United, yang baharu sahaja memenangi Piala Liga.Kemenangan menentang Everton dan Newcastle pada Februari menunjukkan Liverpool kembali ke prestasinya tetapi kekalahan 5-2 menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara nampaknya memberi kesan kepada persembahan yang kurang memberangsangkan di Selhurst Park.
Apabila Liverpool tewas 3-0 di Molineux bulan ini, ia nampaknya merumuskan sebuah pasukan yang mengalami kecederaan musim lalu selepas empat kali ganda yang berakhir dengan kemenangan Piala FA dan Piala Liga.
Tetapi dengan Liverpool mengumpul 36 mata dan dengan dua perlawanan di tangan ke atas Tottenham, pasukan di kedudukan keempat, Klopp sedang mencari untuk memaksimumkan pulangan daripada 15 perlawanan liga terakhir mereka.
“Ia 45 mata. Ia akan menjadi detik yang sangat baik untuk mencapai dua kemenangan. Ya, awda boleh bayangkan, itulah yang kami mahu lakukan,” katanya.
“Ia minggu yang sangat penting. Kami tidak boleh mengabaikannya. Kami mempunyai dua perlawanan di tempat sendiri. Saya ingin memberikan sedikit dorongan pada musim ini dalam minggu ini,” kata Klopp. – AFP
