Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Rock kembali ke gelanggang WWE

    Selepas lebih 10 tahun meninggalkan sukan gusti, bintang sensasi The Rock mengumumkan bakal kembali ke gelanggang WWE pada Jumaat.

    Menurut mStar, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson berkata rindu mendalam terhadap sukan berkenaan membuatkan dia nekad untuk kembali ke gelanggang.

    “Saya rindu dan sukakan bergusti, saya dilahirkan dalam sukan ini. Gusti akan sentiasa di hati saya,” katanya.

    Menurut The Rock, dia tidak pernah menyertai mana-mana perlawanan WWE sejak 2013 selepas bergelar pelakon.

    Tidak hanya itu, dia juga memaklumkan ingin menyambung legasi keluarganya yang sememangnya aktif dengan sukan berkenaan sejak dahulu lagi.

    “Sebahagian keluarga saya ahli gusti, jadi saya dapat rasa ayah dan datuk pasti tidak membayangkan yang saya akan kembali,” ujarnya.

    Pada April depan, dia bakal menentang sepupunya iaitu Roman Reigns di WrestleMania XL.

    Sebelum ini, The Rock merupakan ahli gusti profesional sebelum memilih untuk menceburi bidang lakonan sekitar tahun 1999. – Agensi

    The Rock bakal bertarung dengan sepupu sendiri April ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda